fbpx
Pengurusan kanan Hektar REIT dan UiTM memeterai MoU di Kuala Lumpur.

Hektar Reit, UiTM perkukuh kerjasama akademik, penyelidikan, amalan industri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hektar Real Estate Investment Trust (Hektar REIT) melalui Hektar Property Services Sdn Bhd (HPS) , pengurus hartanah eksklusif untuk portfolio aset runcit Hektar REIT, telah memeteri memorandum persefahaman dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

MoU tersebut adalah untuk mewujudkan rangka kerja kerjasama merentasi disiplin akademik, budaya dan saintifik.

Kerjasama ini juga  ini mencerminkan komitmen bersama antara UiTM dan Hektar REIT untuk memperkukuhkan kerjasama akademik dan penyelidikan atas dasar kesaksamaan dan faedah bersama.

Di bawah rangka kerja ini, kedua-dua pihak akan meneroka bidang kerjasama termasuk pertukaran institusi antara pakar, penempatan pelajar sarjana muda dan pascasiswazah UiTM untuk pengajian, latihan industri dan penyelidikan, serta penganjuran simposium, persidangan, kursus pendek dan penglibatan berkaitan.

Selain itu, ia juga akan memudahkan pertukaran maklumat dan kepakaran dalam pengajaran, pembangunan pelajar dan penyelidikan.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Hektar Asset Management, Zainal Iskandar berkata, usaha sama ini adalah  langkah penting dalam memperkukuh hubungan antara pembelajaran akademik dan amalan industri.

“Sebagai pengurus hartanah bagi portfolio yang pelbagai, kami melihat peluang yang bermakna untuk memberi pelajar pendedahan kepada realiti operasi merentasi aset runcit dan hospitaliti, sambil menyokong usaha UiTM untuk memperkukuh pendedahan industri dan hasil pembelajaran praktikal,” katanya dalam kenyataan.

HPS kini menguruskan portfolio yang terdiri daripada enam pusat membeli-belah dan satu hotel di bawah Hektar REIT, merangkumi Kedah, Johor, Melaka dan Selangor. Ini termasuk Central Square, Kulim Central, Classic Hotel, Segamat Central, Wetex Parade, Mahkota Parade dan Subang Parade.

MoU ini juga dijangka memberi pelajar pendedahan berharga kepada persekitaran pengurusan hartanah dan aset dunia sebenar, di samping membolehkan HPS menyumbang secara bermakna kepada pembangunan bakat melalui penglibatan industri, perkongsian pengetahuan dan peluang pembelajaran berstruktur.

Tambah Zainal, pihaknya percaya bahawa kerjasama antara akademia dan industri adalah penting dalam menyediakan bakat muda untuk tuntutan tempat kerja yang sentiasa berubah.

“Melalui perkongsian ini, kami berhasrat untuk mewujudkan peluang pembelajaran praktikal, menggalakkan pertukaran pengetahuan, dan menyumbang kepada pembangunan profesional masa depan dalam pengurusan hartanah dan disiplin yang berkaitan,” terangnya. -KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN