fbpx

226 PATI Filipina diusir ke negara asal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada PATI yang dihantar pulang ke Filipina

KOTA KINABALU – Seramai 226 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina diusir pulang ke negara asal semalam menggunakan pengangkutan laut dari Pelabuhan Sandakan ke Pelabuhan Zamboanga City, Filipina.

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, kesemua PATI terbabit adalah tahanan di Depot Imigresen Sandakan yang terdiri daripada 153 lelaki dan 56 wanita.

“Imigresen juga menghantar pulang 17 kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia 12 tahun ke bawah. Program pemindahan adalah siri 7 untuk kategori Usir melalui laut bagi tahun 2024 ke negara asal masing-masing menggunakan pengangkutan Vessel MV Antonia 1.

“Semua PATI berusia lingkungan dua hingga 73 tahun ini melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan–Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut SH Sitti Saleha, hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan Akta Imigresen dan proses perundangan negara sehingga ke tindakan pemindahan keluar dari negara.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI