fbpx

Henry Moodie tak sangka ramai peminat di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Henry Moodie yang terkenal dengan lagu Drunk Text sama sekali tidak menyangka dia memiliki ramai peminat di Malaysia.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Henry Moodie yang terkenal dengan lagu Drunk Text sama sekali tidak menyangka dia memiliki ramai peminat di Malaysia.

Buktinya ramai peminat sanggup bersesak demi menyaksikan persembahan percumanya yang diadakan di pusat beli-belah The Exchange TRX di sini pada Ahad lalu.

“Saya langsung tidak menyangka kehadiran peminat yang begitu ramai pada persembahan percuma itu. Jumlah peminat yang datang adalah dua kali ganda daripada jangkaan saya.

“Apapun saya seronok dengan sokongan yang diberikan peminat Malaysia. Semua orang sangat baik dan ramah.

“Paling menggembirakan saya adalah semua orang dapat berhubung kerana lagu saya,” jelas penyanyi yang juga pencipta lagu asal dari United Kingdom itu.

Bukan bimbang persembahan berbayar tidak mendapat sambutan, kata Moodie persembahan percuma itu adalah sebagai tanda terima kasih kepada peminat yang selama ini menyokongnya.

“Menerusi persembahan percuma semua peminat tidak kira latar belakang dan tahap kewangan dapat menghadiri dan menikmati muzik saya secara langsung,” katanya dalam temu bual bersama Kosmo! Online semalam.

Sepanjang dua hari berada di Malaysia, Moodie tidak sempat untuk mengunjungi banyak tempat menarik di sini tetapi berkesempatan merasai keenakan buah durian dan juga nasi ulam.

“Saya sempat makan durian hanya merasai sedikit sahaja. Bagi saya baunya agak kuat, tetapi rasanya enak,” ujar Moodie.

Sebelum Malaysia, penyanyi berusia 20 tahun itu juga mengadakan persembahan yang sama di Filipina dan seterusnya di Indonesia pada 8 Mei ini.

Penyanyi yang asalnya seorang pempengaruh yang memiliki seramai 6.1 juta pengikut di TikTok itu mula popular pada 2022 dengan single You Were There For Me dan kini muncul dengan single terbaharu, Beat Up Car. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI