fbpx

Ajal dua sahabat kereta terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta mangsa yang terbalik dalam kemalangan itu.

KLANG – Perjalanan empat sahabat bertukar tragedi apabila dua daripada mereka maut selepas kereta dinaiki terbabas dan terbalik di Jalan Meru di sini, semalam.

Kejadian pukul 4.15 pagi itu berlaku ketika semua lelaki berusia 22 hingga 30 tahun yang menaiki Perodua Bezza dipercayai sedang menuju ke Kampung Jawa, di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, siasatan awal mendapati keempat-empat mangsa menuju ke rumah salah seorang daripada mereka selepas keluar bersama di Kuala Lumpur.

“Setibanya di lokasi, kereta Bezza itu dikatakan terbabas lalu melanggar batu pembahagi jalan dan terbalik.

“Kereta yang turut berpusing itu menyebabkan pemandunya tercampak keluar manakala penumpang hadapan tersepit di bahagian tempat duduk,” katanya hari ini.

Menurut Vijaya, dua mangsa berusia 22 dan 25 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi mengalami kecederaan.

Tambah beliau, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI