fbpx

Remaja lemas ketika mandi di Hutan Lipur Kuala Woh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba menemui mayat remaja lelaki yang mati lemas kerana terjatuh di dalam sungai ketika memancing di Hutan LIpur Kuala Woh, Tapah hari ini. FOTO ihsan JBPM Perak

TAPAH – Keterujaan seorang remaja lelaki berumur 15 tahun memancing ikan di Hutan Lipur Kuala Woh di sini bertukar tragedi apabila tergelincir sebelum ditemui mati lemas kerana terjatuh di dalam sungai.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 12.52 petang tadi.

“Sebaik sahaja jentera tiba di lokasi kejadian, didapati seorang remaja lelaki berumur 15 tahun jatuh ke dalam sungai semasa memancing bersama rakan akibat tergelincir.

“Komander operasi segera melakukan operasi khas dan mengarahkan anggota melaksanakan pencarian selain memohon bantuan Pasukan Penyelamat Di Air, Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Teluk Intan untuk hadir ke lokasi kejadian bagi pencarian mangsa secara pencarian di permukaan menggunakan peralatan khas.

“Mangsa telah ditemui berdekatan lokasi beliau jatuh dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya,” katanya di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI