fbpx
NORHISHAM menunjukkan sebahagian penyaman udara yang ditempah pelanggan di Kampung Pengkalan Nyireh, Besut semalam.

Jualan pendingin hawa melonjak ketika musim panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BESUT – Cuaca panas menambah rezeki kepada peniaga kedai barangan elektrik apabila pendapatannya meningkat 20 peratus ekoran lonjakan pembelian penya­man udara daripada pe­langgan daerah ini.

Norhisham Yunus, 43, berkata, dia terpaksa menambah pekerja kepada 10 orang untuk memasang dan menyelenggara penya­man udara ekoran permintaan mendadak sehingga enam kali ganda sejak dua bulan lalu.

Katanya, lebih 30 buah penya­man udara terjual setiap bulan sejak Mac lalu berbanding lima dalam tempoh sama sebelum ini.

“Penyaman udara dijual antara RM700 hingga RM1,900 seunit. Stok ditambah sejak awal Ramadan lalu ekoran permintaan tinggi pelanggan,” katanya ketika ditemui di Kampung Pengkalan Nyireh di sini semalam.

Sementara itu, Ahmad Anuar Yunus, 41, berkata, dia mendapat upah memasang dan menyelenggara penyaman udara sehingga RM300 sehari.

“Setiap hari saya pasang dan selenggara sejak Ramadan lalu. Rasa tidak menang tangan melayan permintaan pada musim panas ini. Syukur,” katanya.
Ujar Ahmad Anuar, sebelum ini dia hanya peroleh empat tugasan sebulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN