fbpx

Liga Europa pentas Aubameyang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AUBAMEYANG kini mendahului carta penjaring terbanyak Liga Europa musim ini dengan 10 gol, tiga gol mengatasi Lukaku di tempat kedua. – AFP

MARSEILLE – Penyerang berpe­ngalaman Marseille, Pierre-Eme­rick Aubameyang kembali me­nikmati permainan terbaiknya apabila sudah menjaringkan 27 gol daripada 46 penampilan dalam semua kejohanan musim ini.

Ia adalah prestasi terbaik me­sin gol berusia 34 tahun itu dalam lima musim terakhirnya ketika mewakili Arsenal, Barcelona dan Chelsea sebelum berhijrah menyertai Marseille pada Julai lalu.

Menariknya, Aubameyang juga ketika ini sedang mendahului se­narai penjaring terbanyak Liga Europa musim ini dengan 10 gol, tiga jaringan mengatasi pencabar terdekat di tempat kedua iaitu penyerang AS Roma, Romelu Lukaku.

Bukan itu sahaja, bekas kap­ten Gabon tersebut turut me­lebarkan penguasaannya sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Europa dengan 34 gol sepanjang penampilannya di pentas berkenaan bersama Borussia Dortmund, Arsenal, Barcelona dan kini Marseille.

Kecemerlangan itu menyaksikan Aubameyang menaruh keyakinan tinggi mampu membantu Marseille melangkah ke final dan mendakap trofi Liga Europa buat kali pertama selepas kelab berkenaan sekadar muncul naib juara tiga kali pada edisi 1998/99, 2003/04 dan 2017/18.

Ia juga mampu menjadi trofi Eropah ketiga buat Marseille yang pernah menjuarai Liga Juara-Juara Eropah pada musim 1992/93 dan Piala Intertoto 2005.

“Ini sememangnya kejohanan (Liga Europa) saya. Tiada yang lebih indah daripada menjaringkan gol untuk membantu pasukan anda mencapai matlamat ditetapkan,” kata Aubameyang.

Biarpun kedua-dua pasukan tidak pernah bertemu sesama sendiri, pengalaman barisan pemain dimiliki Marseille menjadikan jaguh Perancis itu sebagai pilihan berbanding Atalanta.

Sementara itu, jurulatih Marseille, Jean-Louis Gasset me­negaskan, Liga Europa menjadi satu-satunya peluang terbaik untuk kembali beraksi di pentas Eropah musim depan memandangkan mereka ketika ini menghuni tangga ketujuh Ligue 1.

“Perlawanan ini akan menja­di satu pertarungan epik antara kedua-dua pasukan terutamanya kami yang perlu menjuarai kejohanan ini demi masa depan kelab. Kami akan cuba sehabis baik da­lam dua aksi separuh akhir ini,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI