fbpx

Lagi pakar akan ditempatkan di Hospital Kuala Kubu Baharu – Dr. Dzulkefly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Dzulkefly ketika melawat program saringan kesihatan di Dewan Orang Ramai Kampung Orang Asli Kampun Tun Abdul Razak, hari ini.- Foto M FIRDAUS M JOHARI/ KOSMO!

HULU SELANGOR – Kementerian Kesihatan (KKM) akan menempatkan beberapa lagi pakar perubatan dan kecemasan di Hospital Kuala Kubu Baharu di sini bagi membolehkan rawatan dilakukan secara langsung.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, usaha itu sebahagian daripada penambahbaikan bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan kesihatan di fasiliti KKM.

“Saya ingin tegaskan di Hospital Kuala Kubu Baharu ini, kita telah pun meletakkan seorang pakar perubatan sejak Januari lalu di samping (membawakan) pakar dari Hospital Selayang sama ada sekali atau dua kali dalam sebulan.

“Akan datang dalam bulan Mei ini, seorang lagi pakar kecemasan (akan ditempatkan) untuk warga Kuala Kubu Baharu yang mana mereka tidak perlu pergi ke Hospital Selayang (untuk mendapatkan rawatan) bagi penyakit kronik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhabar selepas melawat program saringan kesihatan di Dewan Orang Ramai Kampung Orang Asli di Kampung Tun Abdul Razak di Kuala Kubu Baharu, di sini hari ini.

Mengulas mengenai pembinaan hospital baharu, Dr. Dzulkefly, perkara itu tidak menjadi satu keperluan sekiranya ia tidak mempunyai pakar, doktor dan jururawat yang mencukupi.

“Kita boleh bina hospital baru tetapi kita tidak akan dapat meningkatkan perkhidmatan kesihatan. Jadi, kita akan terus membuat penambaikan di Hospital Kuala Kubu Baharu,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, kata beliau, usaha penambahbaikan yang dilakukan di Hospital Kuala Kubu Baharu itu tidak harus dijadikan isu politik.

“Kita telah merancang (perkara ini) lebih awal secara berterusan. Usaha kita adalah untuk tambah baik penyampaian perkhidmatan di negara ini. Jadi, jangan politikkan isu kesihatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI