fbpx
WAFARIENA terkilan syarikat produksi 'ghaib' dan enggan menyelesaikan kemelut antara mereka bahkan dia tidak menerima baki bayaran penggambaran sehingga hari ini. - FIRDAUS JOHARI

‘RM8,000 bil hospital bayar sendiri, saya tak halalkan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – “Saya tak reda, tak halal dan takkan maafkan mereka.”

Demikian kata pelakon Wafariena apabila kemelut kecederaan di lokasi penggambaran melibatkan dirinya masih belum menemui titik noktah apabila pihak produksi yang terlibat didakwa melarikan diri daripada tindakan undang-undang.

Wafariena, 31, meluahkan rasa kecewa apabila penerbit dan syarikat produksi terbabit bertindak ‘ghaib’ serta mengosongkan pejabat mereka bagi mengelakkan diri daripada bertanggungjawab.

“Saya dah keluarkan surat tiga kali, tiba-tiba syarikat itu hilang. Peguam pun dah pergi periksa, memang pejabatnya kosong.

“Selepas itu, penerbit pun dah hilang. Tak boleh buat apa pun.

“Peguam saya dah berinteraksi dengan peguam mereka sendiri tapi hujungnya peguam sana yang tarik diri,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis pelancaran dan sidang media filem The Real Mamu, semalam.

Dalam masa sama, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 2 itu terkilan apabila terpaksa melunaskan sendiri bil rawatan hospital.

Lebih perit, baki bayaran lakonannya untuk naskhah berkenaan masih belum dijelaskan sehingga ke hari ini.

“Separuh (kos hospital). Saya bayar ketika itu RM8,000 lebih saya keluar duit saya.

“Selebihnya bayaran terakhir saya kira-kira puluh ribu pun tak dapat sampai sekarang.

“Tak reda, tak halal, tidak maafkan pun. Orang buat kita, penat dengan sakit lagi,” ujarnya lagi.

Ekoran kemelut terbabit, Wafariena mengesahkan naskhah tersebut tidak dapat ditayangkan kepada umum sebaliknya terus tergantung tanpa penyelesaian.

“Tak boleh tayang sebab tak habis. Sampai sekarang saya punya VO (voice over) masih ada.

“Mereka tak bayar bayaran terakhir saya tak boleh bagi, benda itu tergantung.

“Kalau keluarkan cerita itu jadi salah sebab saya keluarkan saman,” jelasnya.

Pada tahun 2022, Wafariena mengalami kecederaan iaitu tisu bahagian punggung cedera, manakala perutnya koyak selain berlaku pendarahan sewaktu melakukan aksi lagak ngeri dalam sebuah drama lakonannya.

Ibunya, Suzana Hamad berasa marah atas kejadian yang me­nimpa anak gadisnya lebih-lebih lagi terhadap pengarah yang didakwa tidak berperikemanusiaan dan lepas tangan.

Apa yang membuatkan wanita itu terkilan apabila pengarah tersebut tetap mahu meneruskan penggambaran bagi dua lagi babak dan meminta pelakon itu turun ke set penggambaran walaupun kesakitan sehingga tidak boleh berjalan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN