fbpx

Dilibas pedang samurai ketika cuba pertahan tunang disamun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PAPAR – Seorang lelaki parah di kedua-dua tangan selepas ditetak dengan pedang samurai dalam kejadian samun di kawasan perumahan Melinsung Summer Bay Apartmen semalam.

Mangsa berusia 27 tahun yang juga merupakan seorang penjual sayur turut mengalami kecederaan patah tulang selain luka pada tangannya dalam kejadian pada pukul 1.30 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, hasil siasatan mendapati mangsa baru sahaja selesai menghantar sayur di Kota Kinabalu bersama tunangnya.

Bagaimanapun, mangsa dan tunangnya dikatakan singgah untuk makan malam di sebuah restoran berhampiran sebelum meneruskan pergerakan pulang ke Papar.

“Mangsa bersama tunangnya meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan sebelum berjalan kaki ke kedai makan berkenaan.

“Bagaimanapun, tunang mangsa diserang oleh seorang lelaki memegang benda tajam disyaki sebilah pedang samurai yang menaiki kereta Perodua Myvi.

“Suspek dikatakan memakai topi keleder terus merampas beg silang milik tunang mangsa sehingga berlaku bergelutan antara mangsa dengan suspek berkenaan.

“Ekoran pergelutan terbabit, mangsa ditetak sebanyak dua kali sehingga menyebabkan kedua-dua tangannya cedera,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Kamaruddin memaklumkan tunang mangsa membawa berkenaan ke Hospital Papar bagi mendapatkan rawatan sebelum membuat laporan polis.

Beliau berkata, mangsa kini berada dalam keadaan stabil namun barang-barang seperti beg yang mengandungi beberapa dokumen penting dan telefon bimbit telah hilang dalam kejadian terbabit.

“Suspek berjaya melarikan diri menggunakan Perodua Myvi yang dipercayai dipandu rakan sejenayah suspek,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan sehingga menyebabkan kecederaan parah.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI