fbpx

Jangan abai isyarat jelas Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INDONESIA gagal ke final Piala Asia B-23 selepas tewas kepada Uzbekistan, namun masih berpeluang untuk ke pentas Olimpik sekiranya meraih tempat ketiga atau pun memenangi aksi playoff.

PRESTASI mengejutkan yang dipamerkan oleh skuad kebangsaan Indonesia di pentas antarabangsa ketika ini wajar diteladani oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam usaha memantapkan kembali pasukan Harimau Malaya.

Sebagai rekod, Sang Garuda yang dikendalikan oleh Shin Tae-yong telah mempamerkan peningkatan mendadak dengan skuad senior berjaya memintas kedudukan ranking Malaysia untuk berada di tangga ke-134 dunia ketika ini.

Lebih manis, skuad bawah 23 (B-23) Indonesia turut melakar sejarah tersendiri apabila mara ke separuh akhir Piala Asia B-23 2024 di Qatar sekali gus berpotensi layak ke temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris nanti.

Penganalisis sukan tanah air, Datuk Dr. Pekan Ramli percaya Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) telah merancang untuk memajukan kembali bola sepak negara itu untuk tempoh yang lama.

“Peningkatan skuad Indonesia ketika ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana mereka sudah mula menaikkan bakat-bakat muda sejak dipilih menjadi tuan rumah Piala Dunia B-20 2023 lagi.

“Apa yang mereka lakukan adalah untuk dedahkan pemain-pemain junior untuk diserapkan dalam skuad kebangsaan sejak beberapa tahun lepas dan kekal bersama pasukan ketika ini.

“Perkara ini terbukti apabila ramai pemain B-23 mereka bersaing pada Piala Asia 2023 yang lepas dan keputusan yang diraih mereka pada kempen Piala Asia B-23 ketika ini sudah dijangka

“Selain itu, mereka berjaya mendapatkan pemain bertaraf warisan dari Eropah yang berkualiti selain usia mereka juga masih muda sekali gus membantu anak-anak tempatan,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Sementara itu, Pekan menganggap keputusan tidak konsisten FAM menjadi punca skuad B-23 negara gagal mempamerkan prestasi diharapkan pada kempen Piala Asia B-23 apabila tersingkir seawal peringkat kumpulan.

“Sebelum ini pun kita layak cukup-cukup makan dan kemudian jurulatih ditukar. Selepas itu, persiapan pasukan juga tidak berada pada tahap terbaik apabila hanya dikumpulkan dua hingga tiga minggu sebelum ke Qatar,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI