fbpx
Izham bersama peserta program itu di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam. - Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO!

800 lembu, 600 kambing untuk ibadah korban di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Bekalan lembu dan kambing bagi ibadah korban sempena Aidiladha di Selangor kekal mencukupi dan tidak terjejas setakat ini.

Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri, Datuk Izham Hashim berkata, kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM6 juta bagi menyumbang 800 ekor lembu dan 600 ekor kambing kepada masjid serta surau termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tahun ini.

“Pengagihan pula kekal menggunakan sistem kupon sedia ada bagi memastikan ia tersusun dan telus,” katanya selepas majlis serahan Baucar Korban Selangor di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, di sini hari ini.

Dalam perkembangan berlainan, Izham berkata, satu mesyuarat akan diadakan minggu depan bagi membincangkan pelaksanaan projek Turapan Mega di negeri ini dalam memastikan kaedah terbaik pelaksanaannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN