fbpx
FAM bakal mengadakan kongres pemilihan tidak lama lagi untuk membentuk semula barisan kepimpinan termasuk memiliki presiden baharu.

FAM: Ahli gabungan mampu buat keputusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AHLI gabungan seharusnya menjadi pemegang watak utama dan memiliki kuasa veto dalam kongres pemilihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Husin Deraman percaya bahawa ahli-ahli gabungan memiliki kebijaksanaan masing-masing dalam membuat keputusan untuk menilai calon yang layak menerajui badan induk bola sepak negara itu.

Mengulas lanjut, beliau mengakui terkejut dengan kenyataan bekas pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd. Yusoff Mahadi yang menyatakan mana-mana individu yang berminat untuk jadi Presiden FAM perlu mendapat ‘lampu hijau’ Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim.

“Ahli gabungan yang berhak untuk jadi penentu dalam pemilihan. Kenyataan seperti itu tidak patut keluar daripada mulut individu yang pernah berada dalam pucuk pimpinan FAM atau pembuat dasar.

“Apabila itu diberitahu seperti itu, ia seolah-olah perkara berkenaan adalah dasar FAM dan ia membahayakan FAM itu sendiri kalau FIFA ambil serius perkara ini,” katanya ketika dihubungi semalam.

Semalam, pemerhati bola sepak tempatan, Datuk Dr. Pekan Ramli menganggap kenyataan Mohd. Yusoff boleh mencetuskan lagi ‘spekulasi’ yang tidak diinginkan dalam kalangan peminat sukan tanah air.

Pekan menjelaskan, dalam mana-mana statut organisasi sukan termasuk Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sudah jelas tidak boleh ada campur tangan pihak luar dalam menentukan kepimpinan.

Ketika ini, KAFA masih menjalani penggantungan selepas FAM mendapati badan induk bola sepak Kelantan itu melakukan kesalahan tatacara pengendalian Kongres KAFA.

Bagaimanapun, Husin menjelaskan pihaknya kini sedang menanti jawapan daripada Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) berhubung perkara berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN