fbpx
PASUKAN Iran bergambar menjelang perlawanan menentang Korea Utara di Kompleks Sukan Azadi di Tehran pada 10 Jun 2025. – AFP

Iran pasti sertai Piala Dunia – Presiden FIFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Presiden FIFA, Gianni Infantino menyatakan bahawa Iran ‘pasti’  akan mengambil bahagian dalam Piala Dunia 2026 walaupun berlaku perang di Asia Barat.

“Iran pasti akan datang. Kami berharap menjelang waktu itu, situasi akan menjadi aman, yang pastinya akan membantu.

“Namun,  Iran mesti datang, mereka mewakili rakyat mereka, mereka telah layak, pemain mahu bermain,” katanya mengenai perlawanan pasukan Iran akan datang yang dijadualkan di Amerika Syarikat pada Jun 2026.

Penyertaan Iran dalam kejohanan global itu diragui akibat perang dengan Amerika Syarikat dan Israel yang meletus pada 28 Februari lalu

“Sukan harus berada di luar politik,” kata Infantino.

“Jika tiada orang lain yang percaya dalam membina jambatan dan memastikannya utuh dan bersama, kami akan melakukan tugas itu,” tambahnya.

Piala Dunia 2026 yang dihoskan bersama oleh Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada, akan bermula pada 11 Jun ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN