fbpx
Nilai mata wang Indonesia 1,000,000 rupiah bersamaan Rm230.9 hari ini.

1 juta rupiah kini RM230.79

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perubahan ketara nilai mata wang antara Malaysia dan Indonesia kini menjadi perhatian ramai apabila kadar tukaran terkini menunjukkan pengukuhan nilai ringgit.

Tinjauan mendapati kadar semasa menunjukkan RM1 kini bersamaan 4,332.94 rupiah, menjadikan 1 juta rupiah hanya bernilai RM230.79 sahaja hari ini.

Sebagai perbandingan, pada hujung bulan Mac lalu, kadar pertukaran berada kekal pada sekitar RM1 bersamaan 4,201.68 rupiah.

Situasi itu menyebabkan ramai pengguna media sosial berkongsi kesempatan mereka untuk menukar wang ringgit ke rupiah bagi persediaan untuk bercuti ke Indonesia.

Ada yang berseloroh bahawa dengan hanya membawa beberapa keping not RM100, mereka sudah mampu menikmati gaya hidup senang di sana.

Ada juga yang menyifatkan kini masa paling sesuai untuk melancong ke negara tersebut kerana kos penginapan, makanan serta barangan di sana menjadi lebih murah apabila ditukar kepada ringgit dimana rata-rata orang ramai telah mula berkira-kira tentang bajet percutian mereka itu.

“Anak-anak dah automatik jadi jutawan dekat sana setiap kali raya,” seloroh pengguna @anas4fifi.

“Beli tiket penerbangan ke sana untuk tiga hari dua malam dah cukup dah bawa RM300 sahaja,” kata pula pengguna @zulyusrisarno.

“Ini lah masanya untuk tukar RM ke Rupiah banyak-banyak, boleh balik hari ke Jakarta selalu,” ujar pengguna Zyuries. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN