fbpx

Penunggang maut nahas dua motosikal, van

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Jalan Merotai Bombalai malam kelmarin. -Foto PDRM

TAWAU – Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Jalan Merotai Bombalai malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 7.45 malam.

“Siasatan di lokasi kejadian mendapati kemalangan membabit dua motosikal dan sebuah van.

“Mangsa berusia 21 tahun bersama seorang lagi penunggang motosikal menuju ke Merotai, manakala pemandu van pula dari arah Keningau menuju ke bandar Tawau,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa hilang kawalan dan melanggar sebuah lagi motosikal di laluan sama.

Menurutnya, mangsa yng terjatuh ke laluan bertentangan dilanggar oleh van yang ketika itu melalui kawasan berkenaan.

“Mangsa yang parah di kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Seorang lagi penunggang motosikal cedera ringn, manakala pemandu van tidak cedera,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI