fbpx
Tangkap layar video yang dimuat naik di Threads oleh Nnurulllle memaparkan sebuah kereta putih yang diletakkan secara 'double park'.

2 jam tunggu kereta ‘double park’, akhirnya naik motor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang lelaki terpaksa menunggang motosikal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang ke Alor Setar, Kedah selepas keretanya dihalang sebuah kenderaan lain yang diletakkan secara ‘double park’ tanpa melepaskan brek tangan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di aplikasi Threads oleh Nnurulllle, lelaki itu dikatakan menunggu selama hampir dua jam di kawasan tempat letak kereta sebuah apartmen disebabkan tindakan tidak bertanggungjawab pemilik kenderaan berwarna putih tersebut.

Katanya, lelaki itu dilihat berulang kali membunyikan hon bagi meminta pemilik kenderaan itu mengalihkan keretanya, namun tiada sebarang respons diberikan.

“Sumpah kesian dekat abang ini, hampir dua jam dia dekat bawah tekan hon nak keluar. Menyusahkan orang. Cuba fikir kalau ada kecemasan. Di sini (apartmen) ada yang kerja malam (syif) semua tidak boleh tidur sebab bising bunyi hon,” katanya pada hantaran tersebut.

Disebabkan kesuntukan masa kerana mempunyai urusan penting, lelaki itu terpaksa mengalah dan memilih untuk menunggang motosikal selepas pemilik kenderaan tidak memunculkan diri.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna meluahkan rasa berang dengan segelintir penghuni perumahan yang suka mengamalkan tabiat ‘double park’ sehingga menyusahkan urusan orang lain.

“Untuk kes macam ini jangan segan silu panggil pihak berkuasa tempatan (PBT). Tunda sahaja, pandai-pandailah dia nak membayar denda nanti,” cadang Fawaraee.

“Kesian abang tu, dia bagitau kena pergi Alor Setar, ada kerja, tapi terpaksa naik motor sebab tak ada orang turun,” kata Rainbowsugarat.

“Sekurang-kurangnya tinggalkan nombor telefon kalau tak nak turunkan ‘handbrake’. Menyusahkan orang lain,” kata Hlsyns_ – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN