fbpx

Che Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hadapi pertuduhan fitnah, hasutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chegu Bard tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Johor Bahru, bagi menghadapi dua pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948

JOHOR BAHRU – Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard tiba di Kompleks Mahkamah di sini, kira-kira 8.50 pagi tadi.

Chegu Bard hadir ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru dengan memakai kemeja putih diiringi peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali.

Beliau dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen di sini, berhubung hantaran mengenai projek kasino di Forest City menerusi media sosial.

Semalam, Badrul Hisham, 45, dilaporkan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan memfitnah dan menghasut untuk merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.

Beliau mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan memfitnah dan menghasut dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.

Kelmarin, Chegu Bard ditahan polis dipercayai berkaitan satu hantaran oleh beliau di media sosial mengenai projek kasino di Forest City.

Menurut peguamnya, beliau ditahan di kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Tapah, Perak kira-kira pukul 7 malam sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI