fbpx
SEBUAH bas menghalang laluan keluar kenderaan di Hentian Sebelah Serdang, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban baru-baru ini.

Luahan Pembaca: Fikir perasaan orang lain bila letak kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Saudara Pengarang,

Baru-baru ini saya singgah di Hentian Sebelah Serdang Arah Selatan Lebuh Raya Kuala Lumpur – Seremban untuk solat maghrib dan mengisi perut yang lapar selepas menempuh kesesakan jalan yang agak teruk dari Petaling Jaya, Selangor.

Nasib saya baik kerana masih ada ruang kosong untuk meletak kenderaan dalam suasana hujan renyai-renyai yang menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti.

Selepas solat dan menjamu selera, saya mengambil keputusan meneruskan perjalanan ke arah Selatan.

Alangkah terkejutnya apabila ingin melalui lorong keluar dari kawasan parkir di situ, sebuah bas diletakkan menghalang pintu keluar.

Ruang yang ada cuma muat-muat sebuah kenderaan kecil, itupun kena berhati-hati, kalau tidak mahu mengalami sebarang kejadian tidak diingini.

Apa yang saya terpaksa lakukan adalah menggerakkan kereta dalam keadaan mengundur hingga melepas laluan masuk sebelum meneruskan perjalanan.

Pada ketika itu, saya difahamkan, pemandu bas tersebut meletakkan kenderaan berkenaan sudah lebih setengah jam.

Apa yang peliknya, beberapa meter dari situ terdapat satu ruang parkir yang selesa untuk kenderaan besar seperti bas, kenapa tidak menggunakan kemudahan berkenaan.

Tindakan tidak bertanggungjawab pemandu bas terbabit sudah pasti amat menyusahkan ramai pengguna lain.

Jangan hanya fikir diri sendiri sehingga menyebabkan anda disumpah seranah oleh pemandu kenderaan lain.

Cuba letak diri kita di tempat orang lain, gunakan fikiran yang dikurniakan oleh Allah untuk kebaikan dan bukan mendapat kecaman umum.

Tak puas hati
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN