fbpx

Guna mi segera hasilkan kek buah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mi segera digunakan bagi menggantikan tepung gandum dalam pembuatan kek.

PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi resepi istimewa ‘kek megi’ yang diolah menggunakan mi segera sebagai bahan utama bagi menggantikan tepung gandum menarik perhatian ramai.

Menurutnya, resipi istimewa ‘kek megi’ yang dikongsikan di laman TikTok, @annyssazlan, itu merupakan resepi asal ibu mertuanya yang berasal dari Kuching, Sarawak, malah kali pertama dia merasainya ialah selepas berkahwin dengan orang di sana.

“Sejak masuk keluarga mertua (Sarawakian), macam-macam jenis kek pelik-pelik sis belajar makan tau, tapi ini kek paling pelik, yang sis paling suka.

“Mi segera digunakan sebagai pengganti tepung, buat adunan kek macam biasa, kemudian kukus sehingga empat jam dan bakar dalam oven (ketuhar) untuk 10 hingga ke 15 minit,” ujarnya dalam satu video.

Selain itu, adunan kek megi itu hanya menggunakan mi segera yang telah dibiarkan lembut sebelum diadun dengan pelbagai bahan lain seperti kismis dan buah-buahan kering.

Rata-rata pengguna di ruangan komen juga mengakui bahawa itu kali pertama mereka melihat kejadian ‘kek megi’ dan tidak menyangka hasilnya amat menyelerakan.

“Saya orang Sarawak dan saya tak pernah tahu tentang ‘kek megi’ ni,” komen Virgo

“Suruh mak mertua awak kongsi resepi sis. Saya orang Sarawak baru pertama kali dengar tentang ‘kek megi’ ni,” ujar Fateenbakeri.

“Saya kagum. Dah 14 tahun jadi baker (tukang roti), ni pertama kali baru tahu ada kek diperbuat daripada megi (mi segera), nampak sedap kek ni.” kata Rafidah Zainun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI