fbpx

3 lelaki simbah cat depan restoran nasi kandar diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar tiga lelaki menyimbah cat di hadapan sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubuk, Seberang Perai Tengah, Khamis lalu.

SEBERANG PERAI – Polis memburu tiga suspek lelaki yang bertindak menyimbah cat merah di hadapan sebuah restoran nasi kandar yang belum beroperasi di Taman Machang Bubuk, Seberang Perai Tengah, Khamis lalu.

Kejadian kira-kira pukul 3.03 pagi sebelum itu tular menerusi satu video berdurasi satu minit yang dimuat naik pengguna dalam aplikasi X, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, pihaknya terkesan satu ciapan yang memaparkan kejadian perbuatan khianat ke atas sebuah premis makanan baharu, yang belum beroperasi.

Menurutnya, terdapat beberapa individu tidak dikenali membaling satu objek disyaki cat berwarna merah.

“Siasatan awal mendapati, lokasi kejadian merupakan premis kedai dua tingkat. Semasa kejadian, premis berkenaan belum pun memulakan operasi perniagaan dan akan dibuka hari ini.

“Hasil semakan, suspek terdiri tiga lelaki bangsa tidak pasti yang menunggang dua buah motosikal jenis dan nombor pendaftaran juga tidak pasti bertindak menyimbah cat berwarna merah ke arah premis sebelum melarikan diri,” katanya di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, punca kejadian masih dalam siasatan dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan.

Tambahnya, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu khianat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI