fbpx

Cuba lari lepas buang 8 tan sampah secara haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu lori ditahan selepas tindakannya membuat lapan tan sisa binaan secara haram di Taman Poket Bukit Jambul diintip pihak MBPP.

GEORGE TOWN – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menahan seorang pemandu lori selepas dia didapati membuang lapan tan sisa binaan secara haram di kawasan berhampiran Taman Poket Bukit Jambul, Tingkat Bukit Jambul 2, di sini semalam.

MBPP dalam satu kenyataan berkata, Ahli Majlis MBPP, Tan Soo Siang memaklumkan bahawa tindakan tidak bertanggungjawab membabitkan seorang pemandu lori telah berjaya dirakam, kira-kira pukul 4 petang.

“Hasil risikan dan operasi yang dijalankan pegawai MBPP, pemandu lori tersebut berjaya ditahan ketika cuba melarikan diri selepas memasuki kawasan di mana lokasi pembuangan secara haram sisa binaan tersebut berada.

“Susulan penahanannya (pemandu lori), laporan polis telah dibuat pada hari sama dan pemilik lori diminta untuk hadir memberikan keterangan di pejabat Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dalam masa terdekat bagi tujuan rakaman percakapan,” katanya di sini, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran akan membuka fail siasatan untuk dirujuk ke Unit Undang-undang MBPP bagi tujuan tindakan pendakwaan di mahkamah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI