fbpx

PRK Kuala Kubu Baharu: DAP yakin menang hadapi calon Melayu PN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suee Lim ketika ditemui selepas merasmikan Pesta Sawasdee Thailand 2024 di pusat beli belah i-City, Shah Alam hari ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – DAP Selangor optimis Pakatan Harapan (PH) mampu mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu meskipun berdepan calon Melayu daripada Perikatan Nasional (PN).

Naib Pengerusinya, Datuk Ng Suee Lim berkata, Pang Sock Tao dipilih sebagai calon PH kerana kredibiliti dan semangat tinggi mahu berkhidmat kepada rakyat.

“Calon Kerajaan Perpaduan (Sock Tao) seorang wanita muda bertenaga dan berpengalaman luas. Saya yakin dia mampu memperoleh kemenangan termasuk meraih undi kaum Melayu dan kaum lain,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pesta Sawasdee Thailand 2024 di pusat beli belah i-City di sini, petang ini.

PN menamakan Khairul Azhari Saut, 54, yang juga pemangku Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor sebagai calon bagi blok pembangkang itu.- KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI