fbpx

Sembilan individu berjaya lanjut pelajaran peringkat PhD di UKKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramanan (empat dari kiri) ketika menyampaikan surat tawaran kepada pelajar yang bakal menyambung pelajaran dalam peringkat PhD di UKMM ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri IKMa, di sini hari ini. Foto oleh NUR FATIN ZAHRA/KOSMO!

PETALING JAYA – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) telah menyampaikan surat tawaran kepada sembilan pelajar yang bakal menyambung pelajaran dalam peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD) di Universiti Keushawanan dan Koperasi Malaysia (UKKM), hari ini.

Timbalan Menteri KUSKOP, Datuk Ramanan Ramakrishnan berkata, kesemua penerima merupakan pelajar kumpulan pertama program PhD dalam bidang keushawanan yang ditawarkan oleh universiti tersebut sejak beroperasi pada September 2022.

“Koperasi ini bukan satu organisasi kecil. Seperti kita tahu, (di Malaysia) ada lebih 15,000 koperasi dengan mempunyai jumlah melebihi 7 juta ahli.

“Jadi, koperasi ini penting buat yang Malaysia terutamanya yang bekerja dan menjalankan perniagaan sendiri.

“Justeru graduan PhD yang bakal dilahirkan mamlu menyumbang kepada kemajuan koperasi di Malaysia,” katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Institut Koperasi Malaysia (IKMa), di sini hari ini.

Sementara itu, Naib Canselor UKKM, Profesor Datuk Dr. Azali Mohamed berkata, program Phd yang ditawarkan menggabungkan pembelajaran dari segi akademik dan juga praktikal untuk memastikan lebih ramai graduan berkualiti dapat dilahirkan.

“Saya yakin dan percaya sektor koperasi di Malaysia memerlukan lebih ramai penyelidik yang mempunyai kepakaran dalam bidang koperasi.

“Oleh itu, kami mengalu-alukan lebih ramai orang Malaysia mendaftar dalam program ini bagi memajukan sektor koperasi di Malaysia,” katanya.

Dalam majlis sama, seramai 17 orang pelajar turut menerima surat tawaran bagi melanjutkan pelajaran dalam peringkat Ijazah Sarjana di universiti tersebut.

IKMa turut menyampaikan sumbangan kepada anak yatim dari Rumah Anak Yatim Sentuhan Budi, Seksyen 14. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI