fbpx

Pemain elit remaja bakal berentap di RSGC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ezani (dua dari kanan) bersama wakil penaja menunjukkan trofi yang bakal menjadi rebutan pemain pada kejohanan JIGC bulan depan.

KUALA LUMPUR – Kejohanan Golf Undangan Remaja Ke-9 (JIGC) bakal berlangsung sengit apabila seramai 90 pemain elit antarabangsa dan tempatan akan berentap di Kelab Golf Royal Selangor (RSGC) pada bulan depan.

Pengerusi RSGC, Ezani Abu Bakar berkata, kejohanan dengan kerjasama Yayasan Kecemerlangan Sukan Malaysia (SportExcel) itu akan berlangsung selama tiga hari bermula 14 Mei ini.

Katanya, kejohanan itu akan disertai oleh 19 pemain remaja kebangsaan daripada program pembangunan Persatuan Golf Malaysia, enam remaja yang mengungguli tempat di Ranking Golf Amatur Dunia (WAGR) dan peserta dari Australia, Britain, India, Indonesia dan Korea.

“Ia merupakan satu mercu tanda bagi mencungkil bakat baharu sukan golf. Adalah menjadi hasrat kami untuk melahirkan pemain muda di Asia dan dunia.

“Kejohanan itu juga menjadi counting events di dalam WAGR yang menekankan kepentingan komuniti golf global,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut ezani, pihaknya berbesar hati untuk menyambut kehadiran kesemua pemain dan rakan golf selain meneruskan kolaborasi bersama SportExcel untuk kali kesembilan penganjuran JIGC

JIGC menawarkan hadiah wang tunai harian bernilai RM4,000 untuk juara selari dengan taraf amatur.

Pemenang akan dikira kepada mereka yang memperoleh jumlah markah terbaik bagi kategori lelaki dan perempuan di bawah 15 serta 18 tahun. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI