fbpx

Selepas dibedah terus bernikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengantin lelaki terbaring lemah di atas katil hospital serta diselimut dengan kain berwarna hijau. – Instagram

JAKARTA – Sepasang pengantin baharu  selamat diijab kabul dalam satu majlis ringkas di hospital, sejurus selepas pengantin lelaki menjalani pembedahan, lapor portal berita Okezone hari ini.

Menurut laporan, pengantin lelaki dikatakan terlibat dalam kemalangan menjelang hari pernikahannya.

Kecederaan yang dialami lelaki tersebut agak serius dan terpaksa dibedah.

Namun, disebabkan enggan menangguhkan perkahwinan, pasangan mempelai nekad  meneruskan acara pernikahan ketika pengantin lelaki masih dirawat di hospital.

Berdasarkan  video yang dimuat naik di laman Instagram, pengantin lelaki dilihat terbaring lemah di atas katil hospital serta diselimuti  kain berwarna hijau.

Turut berada dalam video tersebut ialah pengantin perempuan, penghulu dan beberapa ahli keluarga mereka.

Sambil berbaring, pengantin lelaki menggenggam  wali pengantin perempuan untuk dinikahkan.

Meskpun berada dalam keadaan lemah kerana baru selesai dibedah, pengantin lelaki melafazkan akad nikah dengan lancar dan mereka disahkan sebagai suami isteri.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Sebab  itulah jangan banyak keluar ke mana-mana menjelang hari perkahwinan,” kata seorang netizen. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI