fbpx

K2

Percutian menakjubkan Forest City Golf Resort

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REKAAN bangunan hotel yang diserikan dengan elemen alam semula jadi dan kehijauan. – raja jaafar ali

GOLF sering dianggap sebagai sukan memerlukan fokus yang tinggi dan ketelitian.

Tunduk seolah bertafakur sebelum menghayunkan kayu golf merupakan salah satu cirinya yang mampu melepas dan menghilangkan tekanan dalam diri.

Lebih-lebih lagi apabila dikelilingi alam semula jadi, panorama yang indah dan udara segar akan menambahkan lagi ketenangan.

Di Malaysia, terdapat lebih 140 padang golf berkualiti. Kepelbagaian keajaiban alam semula jadi di Malaysia membolehkan pemain golf memilih mana-mana landskap paling sesuai untuk mereka, sama ada hutan hujan, pantai atau di lereng-lereng gunung.

Johor adalah lokasi yang memiliki beberapa kelab golf yang direka dengan keindahan alam semula jadi.

Forest City Golf Resort di Gelang Patah ialah sebuah bandar urban berkonsepkan ‘hutan bandar’ yang menyajikan pengalaman menakjubkan apabila menyediakan dua padang golf bertaraf antarabangsa, bahkan ada antaranya mencatatkan rekod sebagai 100 padang golf terbaik di Asia.

Dua padang di situ ialah Padang Golf Legasi Forest City (Forest City Legacy Course) dan Padang Golf Klasik (Classic Course).

LI JUNWEI

Pengurus Besar Forest City Kelab Golf dan Hotel, Anson Li Junwei berkata, Padang Golf Legasi Forest City yang mula dibuka pada 2018 direka oleh legenda golf terkenal, Jack Nicklaus.

Menurutnya, padang golf ini direka berinspirasikan padang pasir dengan menampilkan tanah tandus berpasir seolah-olah berada di negara Asia Barat.

“Padang Golf Legacy meliputi kawasan seluas 739,700 meter persegi berkonsepkan padang pasir yang dikelilingi oleh hutan paya bakau semula jadi,” katanya ketika ditemui K2 baru-baru ini.

Li Junwei berkata, Padang Golf Klasik pula direka oleh pereka padang golf veteran Cina, Liang Guokun yang mempunyai pengalaman 30 tahun dalam seni bina landskap.

Konsep reka bentuk Padang Golf Klasik menggariskan tasik semula jadi yang tersambung terus dari sungai paya yang terletak di Gelang Patah, Iskandar Puteri.

Kedua-dua padang golf yang disediakan Forest City Golf Resort mempunyai 18 lubang.

Padang Golf Legacy rekaan Jack Nicklaus berinspirasikan padang pasir.

Tambahnya, selain itu, terdapat 21 ‘jendela’ untuk pemain mengasah pukulan di driving range sebagai latihan untuk bermain golf dengan baik.

Golf Shop juga disediakan sebagai pelengkap sukan golf bagi memberi ruang pemain golf untuk memilih pelbagai aksesori dan kelengkapan sukan itu.

Tidak lengkap kelab golf jika tidak menyediakan penginapan untuk pemain golf.

Di Forest City, terdapat dua pilihan untuk pengunjung menginap di hotel bertaraf lima bintang dan merasai suasana damai kehijauan alam semula jadi iaitu Forest City Golf Hotel dan Forest City Marina Hotel.

Forest City Golf Hotel menyediakan 296 bilik yang terdiri daripada jenis Superior Room, Garden View Standard King, Superior King Room, Superior Suite dan Deluxe Suite.

BILIK hotel yang tampak luas dan cukup selesa untuk diinap pengunjung.

Hotel ini menyediakan pemandangan indah berlatarbelakangkan padang golf yang menghijau serta hutan paya bakau.

Sementara itu, Forest City Marina Hotel pula menyediakan servis penginapan sebanyak 283 bilik pelbagai pilihan yang luas dan selesa dengan kemasan tata hias yang menarik.

Para tetamu dapat menikmati pemandangan Selat Johor 270 darjah tanpa perlu meninggalkan bilik. Memang jelas pemandangan negara jiran, Singapura dan juga Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Hotel ini menyediakan kadar penginapan serendah RM588 untuk satu malam. Layari fcgolfresort.com untuk mengetahui lebih lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI