fbpx
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa kawasan di utara Semenanjung serta Johor sehingga pukul 12 tengah hari ini. - GAMBAR HIASAN

Ribut petir, hujan lebat dijangka landa 3 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa kawasan di utara Semenanjung serta Johor sehingga pukul 12 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, amaran itu melibatkan keseluruhan negeri Perlis dan Pulau Pinang selain beberapa daerah di Kedah serta Johor susulan jangkaan cuaca buruk sepanjang tempoh tersebut.

“Kawasan terlibat di Kedah ialah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang dan Kuala Muda yang diramalkan berdepan hujan lebat, ribut petir serta angin kencang ketika ini.

“Di Johor pula, cuaca buruk dijangka berlaku di daerah Tangkak, Muar dan Batu Pahat,” katanya.

MetMalaysia menambah, bagi negeri Pulau Pinang pula, seluruh kawasan itu berada dalam ramalan berdepan cuaca buruk hingga tengah hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN