fbpx

‘Dadah Zombie’ tiada dalam pasaran tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kok Chin

KUALA LUMPUR – Tiada sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah jenis Fentanil dikesan dalam negara setakat ini, Kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Khaw Kok Chin.

Jelas beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi penguat kuasa lain akan memperketatkan lagi kawalan keselamatan di sempadan negara dalam mengekang kemasukan dadah dan bahan terlarang.

“Setakat ini, tidak terkesan dadah jenis Fentanil di Malaysia dan berdasarkan maklumat serta risikan daripada rakan sejawat di luar negara juga mendapati tidak ada kemasukan atau percubaan penyeludupan dadah jenis ini ke pasaran tempatan.

“Bagaimanapun, dalam usaha mengekang kemasukan apa jua jenis dadah dan bahan terlarang, JSJN bersama agensi penguat kuasa lain akan memperketatkan lagi kawalan keselamatan di sempadan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam media melaporkan, polis Kelantan menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa Thailand bagi mengekang kemasukan Fentanil yang sangat berbahaya kerana mempunyai kesan 100 kali lebih kuat daripada morfin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun dilaporkan berkata, dadah berkenaan juga 20 hingga 40 kali lebih kuat daripada heroin. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI