fbpx

Pesilat Terengganu meninggal dunia ketika bertanding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Muhammad Haikal Wan Hussin

SEREMBAN – Seorang pesilat dari Terengganu meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai Kejohanan Silat Pra-Sukma Negeri Sembilan 2024 di Sikamat dekat sini petang semalam.

Setiausaha Agung Pesekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka), Bibi Aishah Golbal Shah berkata, Allahyarham Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, 20, meninggal dunia kira-kira pukul 1.20 pagi tadi ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) dekat sini.

Beliau berkata, sebelum itu, Allahyarham sedang bertanding pada peringkat suku akhir bagi kategori Kelas I Putera menentang seorang peserta dari Johor dalam kejohanan itu kira-kira pukul 2.30 petang semalam .

“Kira-kira dua minit sebelum masa tamat Allahyarham tiba-tiba rebah dan pasukan perubatan bergegas memberikan bantuan kecemasan.

“Wan Muhammad Haikal telah dikejarkan ke HTJS oleh pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) tetapi meninggal dunia kira-kira pukul 1.20 pagi tadi,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, jenazah Allahyarham diuruskan dengan bantuan Pesaka Terengganu dan dijangka dibawa pulang ke Besut, Terengganu pagi ini untuk dikebumikan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI