fbpx

MB Perlis disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 berhubung isu salah guna kuasa.

Menurut sumber, sisatan itu dilakukan membabitkan salah guna kuasa pelaksanaan projek pembangunan prasarana termasuk membaik pulih, menyelenggara, pembekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022.

“Menteri Besar Perlis telah ditahan pada kira-kira pukul 11 pagi hari ini semasa beliau hadir untuk dirakamkan percakapan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

“Setelah lapan jam, beliau telah dilepaskan dengan jaminan SPRM,” katanya.

Ketika dihubungi, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan penangkapan Mohd. Shukri pada pagi ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI