fbpx

MB Perlis selesai beri keterangan selepas sembilan jam di SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shukri keluar dari Ibu Pejabat SPRM selepas selesai memberi keterangan hampir sembilan jam berhubung dakwaan salah guna kuasa di Putrajaya, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – “Macam-macam (saya disiasat) kes, saya pun tak pasti,” kata Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli selepas keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira pukul 6.50 petang tadi.

Ditanya sama ada beliau akan dipanggil semula untuk dirakam percakapan, Mohd. Shukri berkata, beliau tidak akan lagi dipanggil untuk berbuat demikian.

“Tiada.. Tiada,” katanya.

Mohd. Shukri selesai memberi keterangan selepas hampir sembilan jam memberi keterangan kepada SPRM.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan Mohd. Shukri telah dibebaskan dengan jaminan SPRM namun, tidak mengulas lanjut perkara itu.

Mohd Shukri tiba kira-kira pukul 10 pagi di Ibu Pejabat SPRM untuk dirakam kenyataan berhubung dakwaan salah guna kuasa.

Difahamkan, Mohd. Shukri dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM bagi membantu siasatan berhubung beberapa dakwaan membabitkan beliau dan anaknya, yang ditahan dan direman bersama beberapa yang lain minggu lepas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI