fbpx

Dakwat & Keringat, kenang jasa kartunis tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amir (kiri) yang turut meminati kartunis legenda, Lat beratur untuk menemui beliau dalam satu acara di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Program Majalah TV, Dakwat & Keringat menampilkan 26 kartunis dan 13 pengumpul karya komik serta kartun Malaysia menerusi siaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM), TV1, sejak 25 Februari lalu.

Program terbitan Adi Karya Sdn Bhd dengan kerjasama ANITHINK’s itu bersiaran sebanyak 13 episod dan boleh ditonton pada pukul 9.30 malam, setiap hari Ahad.

Penerbit Eksekutif Adi Karya Production, Amir Hamzah berkata, antara tokoh kartunis utama yang ditampilkan ialah Datuk Mohammad Nor Mohd Khalid atau Datuk Lat, Jaafar Taib, Rossem, Ujang, Imuda, Gayour, dan Don.

Selain itu katanya, 13 kartunis generasi pelapis turut diketengahkan bagi menghargai bakat seni yang meneruskan karya kartun tempatan.

“Antaranya ialah Zint, Jon Suraya, Lambok, Afiq Salam, Pauh, Bophairy, Me Penang, Ben Wong, Nanzo, Shafeq Jaafar, Kito, Hafizudin dan Arif San.

“Program 30 minit ini bertujuan untuk mengenang jasa kartunis terbabit dalam merintis jalan penerbitan karya mereka sejak 1970an hingga kini,” katanya ketika dihubungi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI