fbpx

Polis tahan dua individu ceroboh hutan ditanam musang king di Raub

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekebun musang king tidak dibenarkan masuk ke kawasan ladang musang king yang menjadi pertikaian di Raub.

RAUB – Polis menahan dua individu kerana menceroboh kawasan hutan yang ditanam durian musang king di sini hari ini.

Kedua-dua individu yang merupakan seorang wanita berusia 66 tahun dan seorang lelaki yang merupakan pekerja ladang itu ditahan kira-kira pukul 2 petang.

Kedua-dua individu berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat polis Daerah Raub untuk tindakan lanjut.

Susulan penahanan itu berlaku sedikit ketegangan apabila sekumpulan individu dipercayai pekebun musang king yang datang ke situ tidak dibenarkan masuk ke kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd Shahril Abdul Rahman mengesahkan penahanan dua individu hari ini kerana menceroboh kawasan hutan berkenaan.

Sementara itu Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui berkata, individu yang ditahan merupakan seorang warga emas dan seorang pekerja ladang.

Jelasnya wanita warga emas berkenaan masuk ke kawasan berkenaan bagi mengambil barang yang ditinggalkan di situ.

Katanya, beliau telah bertemu dengan pihak polis bagi membincangkan untuk proses jaminan kedua-dua individu berkenaan.

Rabu lalu Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan 186 pekebun durian Raub bagi mengetepikan notis pengosongan tanah yang dikeluarkan kerajaan Pahang terhadap mereka sebelum ini.

Selain itu Hakim Datuk Mohd Radzi Harun turut menolak semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan negeri yang didakwa memberi pajakan dan hak penggunaan tanah kebun itu kepada syarikat Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.

Dalam masa sama hakim turut menolak permohonan pekebun untuk menyemak keputusan pemberian sub pajakan tanah kepada mereka dan kewajipan mandatori untuk menjual durian itu kepada satu-satu entiti yang dicalonkan oleh Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI