fbpx

Bodyguard mangsa tembak jalani pembedahan hari ini – Isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Noraida memaklumkan, suaminya Muhammmad Nur Hadith sedang menjalani pembedahan di Hospital Cyberjaya.

PUTRAJAYA – Pengawal peribadi yang terkena tembakan dalam kejadian menembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, kelmarin, kini sedang menjalani pembedahan di Hospital Cyberjaya.

Memaklumkan perkara berkenaan, isteri kepada mangsa, Siti Noraida Hassan, 38, berkata, suaminya Muhammmad Nur Hadith dimasukkan ke dewan bedah pada pukul 11.30 pagi tadi.

“(Suami) baru masuk dewan bedah,” katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo! tadi.

Kosmo! semalam melaporkan, suspek yang cuba membunuh isterinya dengan melepaskan tembakan di Balai Ketibaan KLIA Terminal 1, Hafizul Harawi, 38, ditahan di Kota Bharu semalam selepas 36 jam diburu polis.

Terdahulu, seorang lelaki telah melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena seorang pengawal peribadi dalam kejadian pukul 1.20 pagi kelmarin.

Wanita yang menjadi sasaran dalam insiden itu terselamat dan pihak polis memaklumkan kejadian bermotifkan perihal peribadi antara suspek dan isterinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI