fbpx

[VIDEO] Budak lelaki guna wang tabung sedekah duit raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seorang kanak-kanak lelaki memberikan duit raya kepada pekerja Alam Flora di Putrajaya.

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak lelaki bermurah hati menggunakan wang tabungnya sendiri untuk bersedekah duit raya kepada pekerja Alam Flora Sdn. Bhd. yang sedang bekerja di kawasan rumahnya di Putrajaya.

Tindakan kanak-kanak lelaki tersebut dikenali sebagai Hadif dikongsikan bapanya menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok, Azim Ziden sekali gus menerima pujian daripada orang ramai.

“Alhamdulillah, sejak dari malam tadi Hadif sediakan duit raya dan biskut untuk sedekah kepada fakir miskin. Masa sahur siap bisik dengan ayah suruh cari orang fakir miskin untuk kongsi rezeki.

“Ambil duit dari tabung sendiri masuk dalam sampul raya. Pagi ni, ayah ‘upgrade’ (tambah) sikit la nilainya (duit raya). Tercapai hasrat Hadif bila lori Alam Flora masuk pagi ni. Gembira dapat tunaikan hajatnya,” katanya pada hantaran video itu.

Lelaki itu berkata, pekerja Alam Flora tersebut turut menjemput anaknya menaiki lori berkenaan.

“Siap dapat naik atas lori lagi. Sudah tentu akhlak ini adalah hasil didikan guru-guru Pasti yang sangat dimuliakan. Semoga sedekah jariah ini menjadi pahala berkekalan buat Hadif dan para mualimahnya (guru),” katanya.

Sementara itu, ramai tersentuh hati dengan tindakan Hadif sekali gus menjadi contoh kepada orang lain untuk sentiasa bersedekah.

“Nampak ‘simple’ tapi mampu buat orang lain tersenyum dan tersentuh bila tengok. Hebat didikan mak ayah kamu nak,” kata Asya4.

“Tahniah tuan kerana menunjukkan contoh baik untuk anak tuan. Kita semua sama sahaja. Alhamdulillah, saya bangga dengan tuan,” komen I’m Madam N.

“Suami saya ‘driver’ (pemandu) Alam Flora. Rezeki makanan tak putus-putus orang bagi kat suami dan kru. Alhamdulillah,” ujar miszsha1207. – KOSMO! ONLINE

@azim.ziden [26 Ramadhan] – Alhamdulillah.. sejak dari mlm tadi Hadif sediakan duit raya & biskut utk sedekah kpd fakir miskin. Masa sahur siap bisik dgn ayah suruh cari org fakir miskin utk kongsi rezeki. Ambil duit dari tabung sendiri masuk dlm sampul raya. Pagi ni ayah upgrade sikit la nilainya..😄 Tercapai hasrat Hadif bila lori Alam Flora masuk pagi ni.. Gembira dptkan tunaikan hajatnya. Siap dpt naik atas lori lagi.. Sudah tentu akhlak ini adalah hasil didikan guru-guru PASTI yg sgt dimuliakan. Semoga sedekah jariah ini menjadi pahal yg berkekalan buat Hadif & para mualimahnya..💚 #HadifIlman #AnakPASTI #RamadhanKareem #KongsiRezeki #AlamFloraPutrajaya ♬ Ramadan (Arabic Version) – Maher Zain

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI