fbpx
PAK NIL terharu dengan sikap prihatin orang ramai yang tidak lokek menyumbang bantuan kewangan bagi membantu urusan rawatan putera kesayangan Amyza Aznan, Adrian yang menderita kanser tulang.

Kumpul lebih RM190,000, Pak Nil tutup tabung bantu Adrian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Meraih kutipan infak mencecah RM191,947.73, tabung sumbangan untuk membantu anak pelakon Amyza Aznan, Adrian Adam yang menghidap kanser tulang ditutup pukul 12 tenghari tadi.

Pengacara versatil, Datuk Aznil Nawawi atau Pak Nil, 64, berkata, wang hasil sumbangan orang ramai itu akan dipindahkan terus ke akaun bank peribadi Amyza sebaik selesai urusan penutupan akaun secara rasmi.

“Pak Nil tutup akaun bantuan Adrian dan Amyza tepat pukul 12 tengah hari dan Pak Nil akan pindahkan ke akaun Amyza. Terima kasih semua.

“Sabtu dan Ahad bank tidak beroperasi, jadi baru sekarang Pak Nil dapat ke kaunter untuk uruskan pemindahan wang,” tulisnya menerusi hantaran di platform Threads.

Aznil turut menzahirkan rasa terharu dengan keprihatinan rakyat Malaysia yang bermurah hati meringankan beban Amyza serta keluarganya.

“Terima kasih kepada semua yang percaya. Pak Nil ada kata tabung dibuka seminggu tapi tak sangka hati rakyat Malaysia di luar dugaan. Terima kasih lagi sekali,” katanya.

Dalam sebuah perkongsian video Instagram, Pak Nil dilihat berada di sebuah bank bersama Amyza untuk menyelesaikan proses pemindahan wang daripada akaunnya kepada dramatis itu.

Inisiatif yang diusahakan bintang versatil dihormati ramai itu sejak  20 Mei lalu bertujuan menampung kos rawatan Adrian yang disahkan menghidap kanser tulang.

Aznil turut memaklumkan sanggup mengosongkan akaun peribadinya bagi tujuan pengumpulan dana tersebut.

Sebelum ini dia pernah menggunakan kaedah sama bagi membantu penyanyi Zamani serta Allahyarham Ibnor Riza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN