fbpx

Pelajar tahfiz dibayar RM100 jadi imam tarawih 27 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Dua pelajar tahfiz hanya menerima saguhati masing-masing berjumlah RM100 selepas menjalankan tugas sebagai imam tarawih 20 rakaat selama 27 hari.

Perkara itu diceritakan seorang pengguna Facebook, Rozaimi Kamaruddin yang memuat naik hantaran semalam selepas dia mengetahui kisah tersebut daripada anaknya yang juga rakan pelajar tahfiz tersebut.

“Anak balik dari madrasah bercerita kawannya jadi imam terawih 20 rakaat selama 27 hari cuma diberi saguhati RM100. Lebih memilukan semua kawan-kawan yang lain dapat sehingga ribuan ringgit.

“Allahu sedihnya, nangis aku. Katanya ‘koyak’ teruk juga kawan dia tu, ye la budak lagi kan. Bukan berniat nak salahkan atau kecam sesiapa, tapi ‘come on’ la. Kita upah badut buat belon masa hari jadi anak pun bayar beribu, ini budak tahfiz kot.

“Hampir sebulan menabur bakti, sikit ke usaha dia? Jangan la cakap pasal keikhlasan ke apa, budak tu boleh guna ikhlas buat bayar yuran pengajian dia ke? Tidak mengapa la dik, orang tak bagi sekejap pakcik ‘adjust’ ye,” katanya.

Hantaran itu mendapat maklum balas pengguna Facebook lain yang tidak bersetuju terhadap bayaran saguhati RM100 itu, selain ada yang mahu memberikan sumbangan.

“Allahu, kasihan anak tahfiz tu. Tuan boleh bantu ke? Nak nombor akaun, boleh kami bantu anak tu,” kata Sarah Adnan.

“Kenapa ada pihak masjid nak menafikan hak budak tahfiz tu. Sedangkan dia memerlukan bayaran sepatutnya,” kata Adzly.

Dalam pada itu, Rozaimi turut mengajak pengguna Facebook lain untuk menyumbang kepada pelajar tahfiz tersebut sehingga pukul 9 malam tadi.

“Sekali lagi saya tegaskan di sini ‘posting’ ini bukan berniat untuk mengecam mana-mana pihak. Kita cuma rasa sedih dengan kekecewaan pelajar tahfiz yang sedikit sebanyak mengharapkan elaun mereka, tetapi cuma dapat RM100.

“Ramai mesej saya untuk menyumbang, terima kasih kepada yang telah menyumbang. Semua sumbangan kita hentikan pukul 9 malam ini sahaja dan malam ini juga saya akan sampaikan pada pelajar berbabit,” katanya.

Menerusi hantaran terkini, Rozaimi memaklumkan, sebanyak RM5,600 sumbangan berjaya dikumpulkan untuk dua pelajar tahfiz terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI