fbpx

Perak jadi negeri pertama laksana Webawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Promwichit berucap di Program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) di Penjara Taiping hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

TAIPING – Perak menjadi negeri perintis pertama melaksanakan Program Penjanaan Pendapatan Bagi Wanita Bersasar (Webawa) untuk membantu Orang Bebas Berlesen (OBB) wanita, bekas OBB wanita, isteri atau bekas isteri penghuni penjara menjana pendapatan.

Pengarah Penjara Negeri Perak, Timbalan Komisioner Penjara, C. Charin Promwichit berkata, program itu akan dilaksanakan pada Mei tahun ini.

“Webawa merupakan program kerjasama antara Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perak dan Pejabat Pengarah Penjara Perak.

“Perak menjadi negeri pertama menjadi perintis kepada program yang akan diadakan nanti,” katanya selepas merasmikan Program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) Ihsan Madani Kepulangan Dinanti Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 di Penjara Taiping di sini hari ini.

Menurut Promwichit, program itu diadakan untuk membantu golongan sasar berkenaan dalam menjaga pendapatan ekonomi sendiri.

“Sebagai contoh, isteri atau bekas isteri kepada penghuni penjara yang mungkin sebelum ini hanya bergantung harap sepenuhnya kepada suami, apabila suami menjalani hukuman penjara mereka ini hilang tempat bergantung.

“Dengan adanya program ini, paling tidak mereka mempunyai pendapatan sendiri untuk menyara keluarga,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai progran PBSL yang diadakan hari ini, beliau berkata, seramai 161 orang prospek diseluruh Penjara Perak diluluskan untuk menjalani program itu.

“Seramai 31 orang OBB dari Penjara Taiping, 32 dari Pusat Tahanan Koreksional Kamunting (Kemta) dan 88 orang OBB dari Penjara Tapah diluluskan mengikuti program ini,” katanya.

Tambahnya, dari 157 prospek yang dilepaskan, seramai 53 orang pulang ke pangkuan keluarga, 73 orang menyertai Program Corporate Smart Intership (CSI) melibatkan majikan dan pihak industri di seluruh negara dan 35 orang lagi dihantar ke Rumah Perantaraan (RP) di Ipoh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI