fbpx
Gambar hiasan.

Perak, KL antara 7 negeri dilanda hujan lebat pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri sehingga pukul 12 tengah hari ini.

Ia melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong) dan Selangor.

“Seterusnya Kuala Lumpur, Putrajaya serta Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau),” menurut MetMalaysia hari ini.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN