fbpx

Ahli perniagaan Robert Tan tiba di mahkamah hadapi pendakwaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Robert Tan (kiri) ketika hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpurd hari ini.

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan Tan Sri Tan Hua Choon tiba di Kompleks Mahkamah di sini sebentar tadi.

Mengikut sistem mahkamah, pertuduhan ke Hua Choon atau dikenali sebagai Robert Tan itu akan dikemukakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Suzana Hussin pukul 9 pagi.

Hua Choon yang hadir dengan bertongkat diiringi beberapa individu sebelum memasuki lobi mahkamah pukul 8.13 pagi.

Semalam Kosmo! melaporkan seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini berhubung dakwaan menipu.

Sebelum ini media melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan beberapa akaun bank persendirian milik seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri bernilai puluhan juta ringgit.

Pembekuan akaun bank berkenaan adalah susulan daripada siasatan yang dijalankan SPRM terhadap seorang ahli perniagaan berkaitan kontrak yang diberikan kepada sebuah syarikat pembekal kenderaan kerajaan sejak Julai tahun lepas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI