fbpx

Niat saya hanya nak bergurau, lagu pun tak keluar – Aliff Syukri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliff Syukri mengakui sedutan video lagu raya, Love Raya yang dikongsikannya sebelum ini hanya sekadar gurauan.

PETALING JAYA – Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagramnya pagi ini.

Permohonan maaf itu dibuat susulan kecaman bertubi-tubi yang diterima berhubung perkongsian sebelum ini yang memaparkan aksi dia bersama beberapa penari mengenakan kostum aneh dalam sedutan video lagu raya.

Menurut Aliff Syukri, video itu sebenarnya hanya satu gurauan dan dia meminta orang ramai untuk tidak memperbesarkan isu tersebut memandangkan lagu, Love Raya juga tidak dikeluarkan.

“Saya mohon yang ada video itu jangan memperbesarkan lagi perkara ini. Saya nak minta maaf kali ke-10, tolong padam (video raya) daripada sosial media anda.

“Kekhilafan ini daripada saya sendiri, tak ada salah orang lain. Saya mohon untuk padamkan video itu. Lagu itu pun tak keluar pun, itu sekadar orang kata gurauan saya dan mungkin gurauan ini tidak disengajakan,” katanya.

Jelas Aliff Syukri, sedutan lagu raya itu juga merupakan idea untuk membuat ‘prank’ kepada pengikutnya dan orang ramai sempena 1 April yang dianggap sebagai ‘April Fool’.

“Cuba tulis di bawah siapa yang kena ‘prank’ dengan saya? Maaf semua saya hanya menyakat anda semua sahaja, janganlah serius sangat, hidup ini kena seronok sahaja,” jelasnya dalam video berbeza.

Terdahulu, ibunya, Bonda Rozita menerusi satu hantaran di Instagram meluahkan rasa kurang senang dengan video lagu raya yang dilancarkan anaknya itu dan meminta Aliff Syukri memadamkannya segera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI