fbpx

Guru mabuk dibaling dengan selipar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBERAPA pelajar membaling selipar ke arah seorang guru di Bastar baru-baru ini. - Foto Sneha Mordani/X

NEW DELHI – Sekumpulan pelajar dari sebuah sekolah rendah di Bastar, negeri Chhattisgarh, menghalau seorang guru yang mabuk dengan membaling selipar ke arahnya, lapor akhbar India Today. 

Video kejadian itu telah mencetuskan kemarahan meluas selepas ia dikongsi di media sosial.

Guru yang dikatakan berada di bawah pengaruh alkohol itu tiba di sekolah dan mula mendera beberapa pelajarnya. 

Bosan dengan kelakuannya, para pelajar tersebut bertindak balas dengan membelasahnya sehingga memaksa guru tersebut melarikan diri dari kawasan sekolah.

Dalam percubaan terdesak untuk melarikan diri, guru itu dengan pantas memecut laju meninggalkan sekolah dengan menggunakan basikal, manakala beberapa pelajar terus mengejarnya dan membaling selipar ke arahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI