fbpx

F1: Verstappen tak patut fikir mengenai Mercedes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN berada dalam sebuah pasukan yang dianggap terkuat dalam saingan F1 sejak empat musim lalu. - AFP

LONDON – Juara dunia empat kali, Sebastian Vettel percaya bahawa Max Verstappen tiada sebab untuk meninggalkan pasukan Red Bull yang ketika ini berdepan masalah dalaman.

Pelumba Jerman itu mengakui dia tidak faham kenapa Verstappen perlu meninggalkan Red Bull memandangkan pasukan tersebut adalah yang terkuat di grid perlumbaan ketika ini.

“Sudah pasti terdapat masalah dalam pasukan tersebut (Red Bull), tetapi dari sudut sukan tiada sebab untuk dia (Verstappen) memikirkan sesuatu yang lain terutama mengenai perpindahan,” kata Vettel.

Masa depan Verstappen bersama pasukan Red Bull dikatakan semakin retak terutama melibatkan hubungan bapanya, Jos dan prinsipal pasukan, Christian Horner.

Jos menggesa Horner supaya berundur mengendalikan pasukan Red Bull selepas terpalit isu serangan terhadap staf pasukan itu biarpun siasatan dalaman menyatakan Horner tidak bersalah.

Kemelut yang melanda Red Bull menyebabkan Mercedes bersedia menawarkan tempat buat Verstappen terutama untuk menggantikan posisi Lewis Hamilton yang menyertai Ferrari musim depan.

Ketika ini, Verstappen masih mempunyai kontrak dengan pasukan Red Bull sehingga musim 2028 dan jika benar Mercedes ingin mendapatkan khidmat juara dunia tiga kali tersebut, Toto Wolff mahupun Mercedes perlu membayar dengan harga mahal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI