fbpx
ALONSO bakal mengakhiri kontrak bersama Aston Martin pada hujung musim ini, namun belum bersedia untuk bersara. - AFP

F1: Alonso belum ada tarikh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

OVIEDO – Juara dunia dua kali, Fernando Alonso memberikan gambaran untuk terus kekal dalam saingan Formula Satu (F1) untuk tempoh beberapa tahun akan datang meskipun kontrak bersama Aston Martin tamat hujung tahun ini.

Pelumba berusia 44 tahun itu kekal bermotivasi selain berharap 2026 bukan musim terakhirnya dalam perlumbaan berprestij itu, lebih-lebih lagi pereka legenda F1, Adrian Newey sudah menyertai Aston Martin.

Difahamkan, jentera yang bakal mendapat sentuhan Newey nanti akan dibekalkan enjin secara eksklusif oleh Honda, sekali gus dijangka mampu untuk membantu Alonso kembali bersaing di kelompok hadapan.

“Saya sangat gembira dengan apa saya lakukan ketika ini kerana berlumba sudah sebati dalam diri saya. Sekarang saya berusia 44 tahun, jadi selama 41 tahun saya sudah bergelar sebagai pelumba.

“Jadi, apabila tiba masa untuk saya mengundurkan diri daripada sukan ini, sudah tentu ia akan menjadi satu keputusan yang paling sukar untuk dibuat. Bagaimanapun, setiap permulaan ada pengakhiran,” katanya.

Sebagai rekod, pelumba Sepanyol itu melakukan penampilan pertama dalam F1 pada 2001 bersama pasukan Minardi sebelum bergelar juara dunia secara berturut-turut ketika saingan 2005 dan 2006 bersama Renault.

“Hanya masa akan menentukan tetapi saya tidak rasa ini detiknya (bersara). Buat masa sekarang, memang saya rasa sangat bersemangat dan kompetitif, jadi saya mahu teruskan berlumba,” ujar Alonso. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN