fbpx

STAM 2023: Melaka catat GPN 2.99

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAHMAD (duduk, tengah) bersama pelajar cemerlang STAM 2023 pada Majlis Keputusan Rasmi Peperiksaan STAM 2023 Negeri Melaka di Bukit Baru, Melaka. PIX/ MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

MELAKA – Melaka mencatatkan Gred Purata Negeri (GPN) lebih baik dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2023 iaitu 2.99 berbanding 3.08 pada tahun sebelumnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, pencapaian itu juga lebih baik berbanding gred purata di peringkat nasional iaitu 3.09.

Kata beliau, walaupun Melaka mengalami peningkatan GPN tetapi tiada calon yang memperolehi keputusan Mumtaz bagi kesemua mata pelajaran.

“Seramai tiga calon memperoleh keputusan Mumtaz pada tahun ini manakala 18 calon lagi mendapat Jayyid Jiddan.

“Daripada tiga buah sekolah yang mengambil peperiksaan ini, hanya dua sekolah mempunyai calon memperoleh keputusan Mumtaz iaitu Sekolah Menengah Agama (SMA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Al-Ahmadi, Sungai Udang dan SMA JAIM Al-Asyraf di Pulau Sebang,” katanya pada sidang akhbar Majlis Keputusan Rasmi Peperiksaan STAM 2023 Negeri Melaka di sini, hari ini.

Tambah Rahmad, seramai 50 daripada 90 calon yang mendaftar mengambil peperiksaan STAM 2023 telah lulus dan layak mendapat sijil sekali gus menunjukkan peningkatan lebih enam peratus berbanding STAM 2022 apabila hanya 43 calon yang lulus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI