fbpx

Ronaldo kembali perkuat Portugal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO kembali menyertai skuad Portugal untuk terus memburu gol antarabangsa menjelang pertemuan menentang Slovenia. - AFP

LJUBLJANA – Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo kembali berada dalam pasukan menjelang aksi persahabatan antarabangsa menentang Slovenia yang akan berlangsung di Stadium Stozice awal pagi esok.

Ronaldo dilaporkan berada dalam keadaan cukup gembira dan bersemangat ketika menyertai kem latihan bersama rakan sepasukan selepas disisihkan ketika Portugal menang 5-2 ke atas Sweden Jumaat lalu.

Bekas pemain Real Madrid itu juga memberi gambaran bahawa dia tidak sabar untuk kembali berada dalam kesebelasan utama Portugal apabila memuat naik status sesi latihan di laman Instagram miliknya.

“Ini adalah keluarga. Sangat gembira untuk kembali ke dalam pasukan bersama rakan-rakan seperjuangan. Diharapkan kami dapat mengekalkan rentak kemenangan pada perlawanan akan datang,” katanya menerusi status Instagram.

Difahamkan, jurulatih Portugal, Roberto Martinez tidak menyenaraikan Ronaldo bertemu Sweden sebelum ini adalah kerana mahu memberikan peluang kepada pemain berusia 39 tahun itu berehat selepas mengharungi Liga Pro Saudi.

Kehadiran Ronaldo pastinya membangkitkan semangat pemain-pemain Selecao bagi menjadikan Slovenia mangsa seterusnya dalam usaha mereka mempersiapkan diri bagi menghadapi saingan Euro 2024 nanti.

Sebagai rekod, pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or itu dianggap sebagai individu paling penting ketika membantu Portugal muncul juara Euro buat pertama kali ketika edisi 2016. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI