fbpx

F1: Ferrari menang 1-2 di Melbourne

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINZ berjaya meraih kemenangan pada perlumbaan GP Australia yang berlangsung di Litar Albert Park semalam. - AFP

MELBOURNE – Pasukan Ferrari melakar sejarah apabila mencipta kemenangan 1-2 mereka selepas Carlos Sainz muncul juara pada Grand Prix (GP) Australia semalam.

Pada perlumbaan di Litar Albert Park, Melbourne tersebut, Sainz yang kembali dari pembedahan apendiks tampil memukau minggu ini apabila berjaya menempah petak kedua sekali gus memberi tentangan hebat pelumba Red Bull, Max Verstappen.

Bagaimanapun, Verstappen terpaksa menamatkan perlumbaan lebih awal apabila jentera yang dipandunya itu berdepan masalah brek di pusingan ketiga hingga menyebabkan tayarnya meletup sebelum terbakar.

Peluang tersebut digunakan sebaik mungkin oleh Ferrari apabila Sainz apabila berjaya menguasai sepanjang perlumbaan dan menjuarai saingan itu bersama Charles Leclerc.

Pastinya, ia adalah kemenangan bermakna buat Sainz sambil menyifatkan kemenangan tersebut berbaloi dengan apa yang dilalui terutama terpaksa menjalani pembedahan apendiks hingga terlepas perlumbaan di GP Arab Saudi pada Mac lalu.

“Ia adalah perlumbaan yang sangat baik dan sudah tentu bukan mudah kerana secara fizikal terutama dengan pembedahan apendiks sebelum ini.

“Tetapi saya bernasib baik kerana saya berada dihadapan tanpa tekanan dan saya boleh menguruskan rentak perlumbaan serta menguruskan tayar dan menguruskan segala-galanya dengan baik.

“Ya saya sangat gembira, sangat bangga dengan pasukan apabila mencatat kemenangan 1-2 dengan Charles (Leclerc) di sini. Ia menunjukkan bahawa kerja keras kami membuahkan hasil.

“Apa yang berlaku pada awal tahun, kemudian podium di Bahrain, kemudian apendiks dan membuat kemunculan semua dan menang di sini. Ia adalah rollercoaster, tetapi saya menyukainya dan sangat gembira dengan pencapaian ini.

Sementara itu, Verstappen mengakui bahawa dia berdepan masalah brek pada tayar belakangnya dan tidak dapat buat apa-apa untuk meneruskan perlumbaan.

“Pada awal perlumbaan brek belakang kanan saya tersekat dan seolah-olah saya memandu dalam keadaan ‘handbrake’ digunakan,” ujarnya.

Sementara itu, pasukan Mercedes pulang hampa apabila kedua-dua pemandunya gagal menamatkan perlumbaan selepas Lewis Hamilton berdepan masalah enjin manakala George Russell mengalami kemalangan pada pusingan terakhir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI