fbpx

Tidak perlu acara sukan berskala besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALAYSIA menjadi salah satu daripada sembilan buah negara yang pernah menganjurkan Sukan Komanwel sebelum ini.

KERAJAAN telah melakukan keputusan tepat dengan menolak tawaran daripada Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) untuk penganjuran temasya sukan tersebut yang dijadualkan berlangsung pada 2026.

Penganalisis ekonomi dari Putra Business School (PBS), Prof Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, berpendapat bahawa kerajaan telah melakukan keputusan yang tepat kerana tidak ada negara yang mampu meraih keuntungan menerusi penganjuran acara sukan berskala besar berkenaan.

“Jika kita lihat sejak dari dahulu lagi tidak ada mana-mana negara yang dapat pulangan atau keuntungan daripada penganjuran sukan berskala besar seperti Olimpik dan Komanwel.

“Tambahan, Malaysia merupakan negara membangun dan berkemungkinan besar akan menanggung kerugian berbanding jika negara maju yang mempunyai hasil tinggi seperti Qatar yang menganjurkan sukan bertaraf dunia,” katanya.

Tambahnya, peruntukan yang disalurkan CGF sebanyak £100 juta (RM 603 juta) bukanlah jumlah yang besar kerana kos penganjuran temasya ini juga mampu mencecah atau melebihi RM1bilion.

Ia adalah kerana bukan sahaja melibatkan kos semasa, tetapi melibatkan kos selepas penganjuran apabila kemudahan dan infrastruktur fiskal yang disediakan kepada rakyat perlu diselenggarakan.

“£100 juta sebenarnya tidak cukup kerana hampir menyamai kos Sukan SEA yang hanya melibatkan 10 buah negara berbanding Sukan Komanwel 27 buah negara.

“Bukan itu sahaja, untuk menjadi tuan rumah pada saat akhir semestinya akan melibatkan kos pembangunan infrastruktur yang tinggi kerana mana-mana projek yang perlu dibangunkan segera akan menelan kos besar,” ujar Razman.

Menurut Razman, keutamaan pada masa ini bagi memastikan isu rakyat diutamakan seperti kos sara hidup, pembangunan infrastruktur dan membantu peniaga tempatan berbanding mengutamakan acara antarabangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI