fbpx

Fella Design perkenal tiga koleksi ‘Farmhouse’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nicole Chen menunjukkan salah satu koleksi perabot Rustic Farmhouse yang dipamerkan di ruang pameran Fella Design HQ, Bukit Subang, Shah Alam.

SHAH ALAM – Bagi mereka yang masih tercari-cari perabot sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Fella Design ada menawarkan koleksi terbaharu bertemakan konsep Farmhouse (Rumah Ladang) serta klasik.

Koleksi terbaharu ini didatangkan dengan tiga pilihan iaitu Classic Cottage (Pondok Klasik), Rustic Farmhouse (Rumah Ladang Desa) dan Modern Farmhouse (Rumah Ladang Moden).

Ketua Pemasaran Fella Design, Nicole Chen berkata, koleksi terbaharu itu menggabungkan konsep dalam tradisi gaya Rumah Ladang Amerika yang kekal popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Malah katanya, koleksi itu juga menampilkan butang ikonik ‘Chesterfield’ yang menyerlahkan daya tarikan nostalgia serta antik.

“Setiap koleksi disusun dengan teliti untuk menggabungkan unsur tradisional bersama kontemporari.

“Konsep Rumah Ladang sangat cantik, ia direka untuk menarik kedua-dua generasi sama ada yang tua mahupu yang muda. Koleksi Classic Cottage dan Rustic Farmhouse adalah sesuai untuk golongan pertengahan dan ke atas.

“Manakala, bagi Modern Farmhouse ia lebih sesuai kepada pasangan yang lebih muda sehingga pertengahan,”katanya ketika ditemui pada Majlis Pengenalan Koleksi ‘Farmhouse’ Fella Design di sini semalam.

Mengulas lanjut, Nicole berkata, koleksi Rumah Ladang itu juga seolah-olah mengimbau kembali nostalgia sekitar tahun 80 dan 90-an mengikut citarasa masyarakat Eropah dan Amerika Syarikat.

Jelasnya, menggunakan pengalaman lebih 38 tahun dalam bidang perabot, pihaknya cuba mengetengahkan semula rekaan Rumah Ladang itu agar ia sesuai dengan semua peringkat usia.

“Bagi kami konsep ini sungguh klasik dan sesuai dipadankan dengan pelbagai pilihan perabot dan ia kekal relevan sepanjang,”ujarnya.

Tambah Nicole, untuk permulaan, orang ramai yang berminat untuk mendapatkan koleksi tersebut, mereka boleh mengunjungi ruang pameran di Ibu Pejabat Fella Design, Bukit Subang di sini.

Katanya, koleksi itu juga akan dipamerkan di kesemua 22 cawangan Fella Design seluruh negara dalam masa terdekat.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI